( Swivel )
Baru-baru ini saya telah dijemput untuk memancing bersama dengan beberapa kenalan yang baru saya temui, semasa memancing salah seorang dari sahabat saya itu telah megarau masuk talinya yang telah berpintal. Tali pancingnya itu bagaikan 'mee gulung' dan terpaksa dipotong kerana talinya tidak dapat digunakan lagi. Beliau bertanyakan sebab apa ianya berlaku. Saya telah perhatikan bahawa masaalah utama terjadinya pintaran tersebut adalah kerana 'swivel' yang digunakanya tidak bersesuaian. Apabila saya bertanyakan beliau tentang cara pemilihan 'swivel' beliau menjawab " saya tenggok orang lain pakai saya pun pakai". Kerana jawapan beliau itu saya teringat zaman saya mula-mula memancing dulu. Ikut-ikut sampai hujung bak kata dalam askar. Oleh itu mai kita tenggok sikit tentang apa itu 'swivel'.
Satu lagi alat yang kerap digunakan oleh para pemancing adalah "swivel". Ianya adalah satu alat yang diperbuat dari logam yang dapat berputar dengan bebas dengan tujuan mengelakkan tali pancing dari memintal (twist) semasa memancing. Pintalan (twist) akan berlaku apabila pergerakan arus itu laju atau apabila kita menunda umpan yang disebabkan dari tindakan umpan seperti umpan tiruan ('lure') atau batu pemberat (sinker) yang bergerak didalam air atau permukaan air yang mengakibatkan geseran (friction). Seperti mana di bincangkan pada siri 'tali pancing' yang lepas, tali pancing mempunyai ketegangan dan apabila terdapat arus atau perjalanan pada tali pancing tersebut maka umpan mahupun batu pemberat (sinker) akan berputar dan ini akan menghasilkan pintalan (twist) yang akan meninggalkan ingatan (memory) pada tali. Jadi untuk megurangkan dari tali pancing dipintal maka kegunaan 'swivel' di syorkan.
Jenis-jenis 'Swivel'
Terdapat empat (4) jenis 'swivel' dipasaran yang digunakan oleh pemancing dimana setiap jenis mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Ini adalah jenis yang paling popular digunakan oleh para pemancing. Terdapat 2 (dua) jenis bagi swivel jenis ini iaitu dari jenis lurus ("straight") dan dari jenis "twisted eye". Swivel jenis ini boleh didapati dalam warna kilauan (Chrome), loyang (brass) atau hitam. Jenis ini adalah murah, walau bagaimana pun ianya tidak begitu sesuai sekiranya digunakan untuk menunda (trolling) atau untuk bertarung dengan ikan yang berat dan besar. Ini disebabkan ianya mungkin lurus dipenjilidan (binding) disebabkan tekanan . "Barrel Swivel " amat bersesuaian untuk kegunaan memancing dasar, "bottom" atau pun "casting" untuk ikan yang sederhana besarnya.
Jenis ini adalah yang paling kuat sekali dan amat bersesuaian untuk kegunaan bagi menunda (Trolling) dan memancing ikan yang besar dan ganas. Terdapat dalam 2 warna iaitu hitam dan kilauan (chrome). Harganya lebih kurang 3-4 kali ganda dari jenis 'barrel swivel'. Swivel ini mempunyai kacang kacang (ball bearing) didalamnya dan akan berputar dengan baik
Jenis ini adalah amat sesuai untuk menunda (trolling) dan mempunyai rangkaian 'barrel' untuk menentukan bahawa ia akan berputar apabila digunakan. Swivel jenis ini boleh didapati dalam warna kilauan (Chrome), loyang (brass) atau hitam. Ianya tidak begitu sesuai digunakan untuk pancing dasar oleh sebab kemungkinan tali pancing terserat padanya.
Jenis ini adalah diperbuat dari loyang (brass) dan mempunyai 3 (tiga) simpulan yang diikat pada cincin pada jarak yang sama. Kegunaan simpulan ini adalah untuk memisahkan umpan dari batu pemberat . 'Swivel dari jenis ini amat lemah sekali dan selalunya tigak berputar yang mengakibatkan tali akan berbelit. Ianya selalu digunakan untuk memancing di dasar.
Selepas memahami kegunaan 'snap' serta 'swivel' kita boleh membelinya berasingan dan menyambungnya mengikut citarasa tersendiri atau kita boleh membelinya sebagai satu yang di panggil "Snap Swivel" Apa pun kegunaannya adalah sama yaitu menyambung tali utama pada taliperambut atau umpan tiruan serta menentukan bahawa tali tidak berbelit atau bersimpul semasa memancing.
Pengunaan dan Perawatan
Seperti setiap alat memancing, 'swivel' boleh mengakibatkan masaalah seperti ianya akan patah atau tidak berputar sebagaimana yang ia perlu dilakukan. Pengunaan 'swivel' yang murah serta tidak bersesuaian akan mengakibat kita kehilangan ikan yang diidamkan atau kerugian wang kerana tali pancing kita telah rosak. Tentukan kekuatan 'swivel' adalah lebih berat dari kekuatan tali pancing.
0 komentar:
Posting Komentar